Sunday 27 July 2014

Lelaki Maut dalam kemalangan selepas menyamun




Seorang lelaki dipercayai ahli geng samun ditemui mati di tepi kereta selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sungai Tukang dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi apabila kereta Proton Wira dinaiki suspek bersama tiga rakannya merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang berhenti di lampu isyarat terbabit.
Difahamkan, mangsa dan tiga rakannya dipercayai baru pulang daripada melakukan samun.

Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 30-an mengalami cedera parah akibat terkena hentakan tukul besi di dadanya, manakala seorang rakannya berjaya ditahan.


Katanya, dua lagi rakan mangsa berjaya melarikan diri dan sedang diburu untuk siasatan.

No comments:

Post a Comment