Monday 28 July 2014

Apabila Pendatang Islam Memijak Kepala Bumiputera Amsterdam




Pendatang dari Turki dan negara Afrika dengan berani dan kurang ajar sekali memijak kepala bumiputera Belanda. Mereka mahu mewujudkan kawasan khas hukum syariah. Ini jelas mencabar dan menghina ugama Kristian yang sudah bertapak ratusan tahun di Belanda. Tak cukup dengan itu ramai yang tidak tahu bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Belanda. Kurang ajar betul! Kita di Malaysia pasti bersetuju dengan Geert Wilders yang mahu pendatang Islam ini menghormati budaya masyarakat Holland. Jangan cuba sebarkan agama anda kepada penganut Kristian yang suci. Mohon PERKASA dan ISMA berkolaborasi dengan Geert bagi mencari teknik paling baik menentang PENDATANG yang mahu mengubah gaya hidup bumiputera yang merupakan majoriti penduduk.

No comments:

Post a Comment