Saturday 26 July 2014

Kisah pelik tapi benar: Pendakian gunung paling ngeri di dunia





Kalau anda jenis gayat melampau, mungkin gambar-gambar ini akan menimbulkan rasa seriau pada diri anda. Set gambar ini memaparkan gunung Hua Shan yang terletak di China. Di bahagian dasar, anda akan menemui satu tangga batu gergasi yang dipanggil tangga suci.



Tangga ini dibina sehingga jauh ke atas, anda tidak akan dapat memastikan apa yang berada di puncak gunung. Namun sebenarnya, tangga itu menuju kepada tebing kayu yang paling berbahaya di dunia.


Tiada siapa yang akan memaksa anda mengenakan gear keselamatan jika anda mahu berjalan di atasnya, namun ia adalah sesuatu yang digalakkan.

Tebing ini mengagumkan dan menakutkan, namun apa yang berada di puncak gunung, pasti akan mengejutkan anda.



Ramai yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka mendaki gunung Hua Shan hanya untuk menikmati secangkir teh panas di puncaknya. Anda perlu benar-benar menjadi seorang penggemar teh jika sanggup mendaki gunung ini, atau anda memang gemar mendaki tempat-tempat tinggi.

No comments:

Post a Comment