Thursday, 4 September 2014

Kisah Benar Remaja Syahid di Jalan Allah.

Kisah Benar Remaja Syahid di Jalan Allah.
Kisah benar yang diterima kami. Untuk renungan kita bersama.
******************
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
huzaifah 1 Kisah Remaja Syahid di Jalan Allah.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.




Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam





LEGOLAND JAWAB KEMARAHAN NORA DANISH ISU TERPERANGKAP DALAM LIF | JOHOR BAHARU: Legoland Malaysia Resort akan menyiasat dengan teliti kejadian kakak dan rakan pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish yang terperangkap di dalam salah sebuah lif di Hotel Legoland pada Ahad.


Pengurus Perhubungan Awamnya, Deviga Doreraja berkata, pihak pengurusan hotel menyedari kejadian yang menimpa kawan dan kakak pelakon itu.


"Kami menghadapi masalah mekanikal dengan satu daripada lif di hotel itu malam tadi dan kami sekali lagi memohon maaf kepada keluarga yang terlibat dalam insiden itu.





Komen Nora Danish dalam Instagram miliknya yang turut mendapat rekasi peminat.


“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan untuk memastikan insiden ini disiasat dengan rapi. Kami kini di peringkat awal proses itu dan akan mengemaskinikannya sebaik sahaja kami melengkapkan siasatan, " kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Beliau berkata pengarah hotel itu berada di lokasi kejadian untuk membantu keluarga itu kerana keselamatan kesemua tetamu adalah keutamaan pusat peranginan berkenaan.


Dalam pada itu Nora dalam posting menerusi Instagram miliknya berkata insiden itu melibatkan kakaknya Nadia, kawan rapatnya Zarema Zainal yang merupakan isteri kepada pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan seorang pengawal peribadi.





Antara komen terbaharu Nora yang ditulisnya pada Isnin.


Katanya, mereka terperangkap dalam lift hotel berkenaan kira-kira sejam tetapi dalam masa setengah jam tiada bantuan yang diberikan.


Sementara itu dalam posting terbahrau pada Isnin Nora turut meminta agar orang ramai tidak salah faham mengenai kejadian itu kerana mereka sebenarnya gembira menikmati permaninan di taman tema Legoland tetapi kecewa dengan perkhdimatan hotel berkenaan.

APABILA NORA DANISH TERPERANGKAP DALAM LIF





TERPERANGKAP DALAM LIF HOTEL LEGOLAND, NORA DANISH MENGAMUK | Kalau kita berada dalam situasi Nora Danish pun boleh naik kemarahan selepas terperangkap dalam lif tanpa bantuan daripada pihak hotel yang bertanggungjawab.


Pelakon itu baru baru telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau di Instagram.


Menurut Nora Danish beliau bersama kakaknya, Zarema Zainal isteri kepada Aidil Zafuan & juga seorang pengawal peribadi Nedim Nazri telah terperangkap dalam sebuah lif di hotel Legoland selama sejam dan pada 30 minit pertama tiada siapa yang datang membantu.


“Selama 10 minutes my sister Nadya yang berada dalam lift itu tekan button merah baru ada orang jawab. Can you imagine??? They went for a break katanya dan tiada ganti yang jaga dan monitor? Mereka kata dah banyak kali terjadi kes sebegini!”


“Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatnya orang didalam itu sesak nafas? Budak kecil? Orang tua? Dah la lift dia bising dengan lagu dan juga lampu berkelip.


Memang pening la sesiapa yang stuck dalam lift, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau memeningkan my pregnant friend and my sister yang asthma itu, mereka kata tidak boleh”


“Bodoh! Lego Hotel adalah hotel paling bahaya dan paling teruk pernah saya pergi. Bayangkan kalau ada kebakaran mmg tiada siapa yg datang selamatkan. Semua lembab,” tulisnya.





Mungkin hotel Legoland boleh jawab apa masalah sebenarnya yang terjadi sehingga kakitangan sendiri mengakui perkara ini sudah banyak kali terjadi.

GAMBAR MENARIK NORA DANISH BERCUTI DI BALI





GAMBAR MENARIK NORA DANISH BERCUTI DI BALI | Kadang-kadang terasa lucu membaca komen-komen peminat artis pujaan mereka di ruangan media sosial. Ianya seringkali berlaku apabila si artis memuat naik foto-foto mereka yang agak kontroversi. Contoh artis yang sering mendapat komen-komen sedemikian adalah Nora Danish.


Terbaru, beliau memuat naik foto percutiannya ke Bali, Indonesia. Dalam banyak-banyak foto beliau, adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan sifat keibuan yang jelas terhadap anak lelakinya.


Namun begitu, bagi peminat fanatik, mereka seolah-olah menjadi pakar forensik untuk fesyen dan pakaian yang dipakai oleh artis kegemaran mereka. Bukan nilai sekeping gambar yang menjadi sasaran, tetapi apa yang dipakainya pada waktu itu.











Foto Nora yang ketiga menjadi sasaran peminat-peminat yang mengikuti perkembangan beliau. Memang kelihatan agak seksi foto ini kerana baju yang dipakai Nora sedikit terselak hingga menampakkan bahagian perutnya.


Tetapi bukan itu yang menjadi terjahan peminatnya, apa yang menarik perhatian mereka adalah apa yang dipakai oleh Nora di bahagian dalam a.k.a colinya!





Yang sibuk meneka warna pun ada, yang marahkan si peneka pun ada, yang tak puas hati dan pelbagai lagi..memang lucu melihatkan kekalutan peminatnya

GADIS CANTIK MUATNAIK 12000 GAMBAR SELFIE





AWEK CANTIK UPLOAD 12000 GAMBAR KERANA KETAGIH SELFIE | Seorang wanita misteri warga Thailand telah memuatnaik lebih 12000 gambar selfie ke pelbagai laman sosial mungkin boleh dipertimbangkan untuk digelar hantu selfie.


Dia yang menggunakan nama Mortao Maotor menerusi akaun Instagram memuatnaik lebih 200 potret selfie dalam masa seminggu.


Dia dikatakan berusia 40-an tahun merangkap pemilik Room of Art, galeri barangan antik di Bangkok serta mempunyai hampir 20,000 pengikut.


Tidak semua gambar yang dikongsi itu wajahnya kerana dia juga merakam gambar kaki, minuman dan juga makanan.

GADIS CANTIK SELFIE SELEPAS DITETA





JURURAWAT SEMPAT BERSELFIE SELEPAS DITETAK | MARRAKECH, Maghribi – Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.


Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.


Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.


“Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.


“Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya,” katanya.


Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya, lapor Agensi.

Wajib tahu : Tips Bijak Sebelum Beli Kereta

Wajib tahu : Tips Bijak Sebelum Beli Kereta

Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.

Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.

Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.

Bank

Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.

Malah, tidak sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?

Kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.

Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?

Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.

Sebuah kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah kira-kira RM70,000.

Hutang Bank

Formula Bank

Formula bank dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.

Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.

Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.

Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.

Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.

 

Formula Pembelian Kereta Secara Bijak

Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.

Bayar Tunai Sahaja

Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai

Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.

Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.

Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!

Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.

Formula 2: Deposit Tinggi

Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.

Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.

Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.

Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!

Tertekan

Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji

Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.
Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.
Boleh, tapi gunakan formula ini;
Harga Kereta = Setahun Gaji

Gaji bulanan:RM2,000

Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000
Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.
Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.