Showing posts with label Kejam. Show all posts
Showing posts with label Kejam. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

KEJAM ! KERANA SEKEPING GAMBAR , SUAMI BUNUH ISTERI



Macam tidak logik dan tidak boleh diterima akal je , tapi itulah yang berlaku .
Kerana sekeping gambar , isteri dibunuh .Alkisahnya suaminya selalu kerja diluar kawasan , jadi jarang pulang ke rumah .Dan jika balik , pasti mengambil cuti yang panjang . Namun , tragedi cuti berakhir apabila isteri dibunuh sejurus melihat sekeping gambar .

Ramai yang tertanya ada apa pada sekeping gambar tersebut ?
padahal suami yang " snap " gambar tersebut , apa yang tidak kena pada gambar tersebut ?
Pelbagai komen dan jawapan yang diberi respon kepada gambar tersebut , kelakar pun ada bila baca .





cuba pandang sudut bulatan merah ini pada gambar :


Thursday, 28 August 2014

Kejam! Kanak-Kanak Tiga Tahun Dirogol Dan Diliwat Suami Pengasuh Di Kelang

Kejam! Kanak-Kanak Tiga Tahun Dirogol Dan Diliwat Suami Pengasuh Di Kelang | Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi. Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.

“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.

Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali. Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman bagi membantu siasatan.

Thursday, 7 August 2014

MELAMPAU! PELAJAR ASRAMA DIBULI, DIBOGEL DAN DIAIBKAN DI FB

 



MELAMPAU! PELAJAR ASRAMA DIBULI, DIBOGEL DAN DIAIBKAN DI FB | Tidak kiralah apa pun kesalahan mangsa buli di atas dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu.


Tak cukup dengan mencederakan, pembulinya bertindak memasukkan pula gambar aib mangsa di laman sosial.


Begitu pun pemilik Facebook ini didapati sudah pun memadam akaunnya dipercayai selepas menyedari tindakannya ini mendapat kecaman ramai.






Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya memberi hukuman setimpal terhadap pembuli muda ini kerana meskipun usianya masih mentah namun jika perbuatan sebegini tidak dikawal ia akan kembali melahirkan budaya buli di asrama.


Sepatutnya adik-adik yang suka membuli di luar sana ambil pengajaran daripada banyak kes buli yang berakhir dengan kematian mangsa seterusnya membawa mereka ke dalam jeriji besi sekali gus merosakkan masa depan sendiri.

Wednesday, 6 August 2014

AYAH JADIKAN ANAK SULUNG SEBAGAI HAMBA SEKS SEJAK DARJAH EMPAT


 


BAPA JADIKAN ANAK SULUNG SENDIRI PEMUAS NAFSU SEKSNYA SEJAK DARJAH EMPAT | KUALA TERENGGANU – Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.


Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.


Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.


“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.


“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.


Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.


“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.


Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.


“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30-an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.


“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.


Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.


Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Tuesday, 5 August 2014

GADIS COMEL TERKUINCI DALAM ALMARI SELAMA 2 TAHUN!




 

GADIS KECIL TERKUNCI DALAM ALMARI SELAMA 2 TAHUN | New York : Seorang gadis cilik dijumpai dalam keadaan hampir mati kerana dikunci ibu kandungnya di dalam peti. Gadis ini dikunci selama kira-kira 2 tahun tanpa diberikan makanan dan minuman. Untuk buang air kecil dan air besar pun ia hanya menggunakan pispot yang terdapat dalam peti.


Ny Daily News melaporkan, ketika Georgia dijumpai, keadaanya sudah sangat kritikal. Berat tubuhnya yang saat ini berusia 5 tahun hanya kira-kira 8 kilogram. Ibu dari gadis kecil tersebut mengunci anaknya kerana Georgia yang saat itu berumur 3 tahun, sangat mirip dengan ayahnya.


Ibunya, Asusena Marie Gonzales, saat ini memang tinggal sendiri sebagai single parent. Dia mengaku kesal terhadap anaknya hingga menguncinya dalam peti. “Aku sangat ketakutan ketika tinggal dengan ibu kandungku, dia mengunci saya di dalam peti, dan aku tidak mempunyai makanan atau air atau apa pun untuk makan atau minum,” ungkap Georgia.


Tak hanya kepada Georgia, Marie Gonzales juga berbuat jahat kepada anak-anaknya yang lain. Namun hal terparah hanya dirasakan oleh Georgia. Ketika pihak berkuasa menyelamatkan gadis kecil ini, mereka hanya mencari pispot yang penuh dengan kotoran bersamanya. Georgia juga ditemui dalam keadaan tubuh yang kurus, lekukan tulang-tulangnya hanya dilindungi oleh kulit.


Tahu akan kejadian yang tersebut, Amanda dan Clint Lile datang ke rumah sakit tempat gadis ini dirawat. Mereka merancang untuk menerima pakai Georgia. Nama Georgia sendiri adalah nama baru yang diberikan oleh orang tua angkatnya, Amanda dan Clint Lile, yang sangat menyayangi dia.


“Kami sangat bahagia melihat dia boleh pulih dan sihat seperti anak normal yang lain. Saya benar-benar percaya itu adalah kuasa dan kurnia Tuhan yang memberikan kesempatan agar ia boleh tetap hidup, itu merupakan keajaiban, “ungkap Amanda dan Clint Lile.

Sementara itu, ibu kandung Georgia, Marie Gonzales, sedang menjalani masa hukumannya selama 40 tahun dan ia tidak akan dibebaskan dari penjara sebelum tahun 2031.

Sunday, 27 July 2014

Memalukan Ini Perlakuan Tentera Israel Kepada Pejuang Hamas




Memalukan Ini Perlakuan Tentera Israel Kepada Pejuang Hamas | Ramai yang tidak tahu apakah yang dilakukan oleh tentera Israel apabila mereka berjaya menangkap pejuang Hamas.

-
-
Memalukan Ini Perlakuan Tentera Israel Kepada Pejuang Hamas

Para pejuang Hamas terpaksa mendapatkan perlakuan yang mengerikan oleh tentera Israel. Perlakuan ini dilakukan selepas para pejuang Hamas ditangkap pada 24 Julai 2014.

Pasukan Tentera Israel memaksa para pejuang Hamas untuk telanjang dan duduk secara berbaris setelah mereka ditangkap. Dalam keadaan ini, tentera tentera Israel masih mengacukan kan senjatanya kepada para pejuang Hamas.

Perlakuan militer Israel terhadap pejuang Hamas tidak sampai disitu. Mereka juga memaksa para pejuang itu menggunakan pakaian berwarna biru dan matanya ditutup dengan kain.Mereka juga merantai para pejuang itu dan menempatkannya di sebuah kandang kecil dengan pagar kawat berduri.

Begitu kejam perlakuan tentera Israel ini, mari kita sama-sama doakan keselamatan dan kemenangan penjuang Hamas,AMIN40X.

Friday, 25 July 2014

Operator wanita dipecat larang pesakit dirawat



Susulan hospital swasta enggan menerima pesakit baru baru ini yang didakwa bersikap biadap terhadap seorang lelaki ketika meminta bantuan merawat tiga beranak yang cedera dalam kemalangan Isnin lalu, sudah dipecat.

Wanita berusia lingkungan 20-an tersebut dipecat berikutan kisah memalukan itu tersebar luas dan menjadi 'viral' dalam Facebook, menyebabkan ramai mengutuk dan mencaci kisah hospital berkenaan.

Jurucakap hospital swasta ketika dihubungi sebentar tadi berkata, operator wanita terbabit dipecat kerana tindakan dilakukan amat memalukan. "Tindakan ini adalah terbaik untuk mengelak kejadian sama berulang. Kami amat kesal dengan perkara seperti ini," katanya.

Kejadian berlaku pada jam 5 petang itu menyebabkan tiga sekeluarga parah selepas dirempuh pacuan empat roda jenis Land Cruiser sebelum pemandunya melarikan diri, meninggalkan mangsa bergelimpangan atas jalan raya.

Ketiga-tiga mangsa berusia tiga tahun, 17 tahun dan 61 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat parah sebelum seorang lelaki menghubungi hopsital berkenaan meminta menghantar ambulans ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, apabila operator bertugas menyambut panggilan ketika itu, dia menjawab,: "Jika ambulans pergi ambil, siapa yang nak (mahu) bayar bil nanti?.

Melihat keadaan itu orang ramai tidak puas hati terus ke kauntar pertanyaan hospital swasta terbabit untuk meminta bantuan agar menyelamatkan tiga mangsa langgar lari itu.

Namun jawapannya tetap sama dan enggan menghulurkan bantuan kerana mahu mendapat jaminan seseorang untuk mahu membayar segala kos itu.

Lelaki cina ini diburu




Rakaman video menunjukkan remaja ini ditendang oleh lelaki berkenaan berkali-kali.

Lelaki cina ini diburu | Polis memburu lelaki yang terlibat membelasah seorang remaja yang ditangkap mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan lelaki itu menendang remaja berkenaan tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.

Menurut Khalid, insiden berkenaan berlaku pada September tahun lalu di kawasan Sungai Besi.

“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun kita tidak boleh lakukan pesalah sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya.

Video berdurasi selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja berkali-kali di bahagian mukanya kerana tidak berpuas hati remaja berkenaan mencuri.

Suspek ditendang di bahagian muka hingga cedera dan menimbulkan kemarahan orang ramai menerusi komen di media sosial.

Thursday, 24 July 2014

50 Tahun Dirantai Gajah Menangis Di bebaskan



Cerita sedih ini pastinya membuatkan pembaca akan terharu di mana seekor gajah yang bernama Raju, diselamatkan oleh sebuah organisasi hidupan liar, India.


Raju digunakan oleh tuannya sebagai pertunjukan di jalanan dan juga pelancong yang akan memberikan token untuk buat Raju dan tuannya. Apa yang difahamkan, Raju tidak dijaga dengan baik malah didera dan sering kelaparan sehingga makan plastik.

Menyedihkan apabila Raju dipukul dan kakinya digari dan diikat dengan besi. Ketika diselamatkan, Raju dikatakan mengalirkan air mata mungkin kerana bebas dari rasa sakit dengan besi yang mengikat kuat kakinya.

Selepas 50 tahun diseksa dan didera, kini Raju dibebaskan.







Wednesday, 23 July 2014

[Gila KEJAM] Wanita Ini Lahirkan Anak Sendiri Dan Buang Dalam Tong Sampah

Macam dah biasa je minah ni . .mungkin GRO . .dah lahirkan anak terus buang ke dalam tong sampah dan terus mekap . .