Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

10 Raja Terkaya Dunia



Sememangnya kita tahu golongan golongan raja merupakan golongan terkaya di dunia di ikuti dengan pemimpin pemimpin serta ahli polit sesebuah negara. Tetapi tahukah anda 10 orang raja terkaya didunia? Dan catatan ini berdasarkan rekod kekayaan setakat tahun 2010.
No. 1 – Raja Bhumibol Adulyadej


Bukan sahaja raja paling kaya malah raja paling lama bertakhta di dunia iaitu Raja Thailand. Berusia 62 tahun.Jumlah harta: RM96 billion


No. 2 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Tempat pemerintahannya dekat dengan Malaysia,merupakan Raja dari Brunei Darus Salam. Mempunyai seorang putera dari isteri pertama dan merupakan bakal sultan seterusnya, Putera Al-Muhtadee Bilah Bolkiah.Jumlah harta: RM64 billion.

No. 3 – Raja Abdullah Abul Aziz

Merupakan Raja dari Arab Saudi dan menunjukkan peningkatan harta dari tahun ke tahun pemerintahannya.Jumlah harta: RM58 billion
No. 4 – Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan

Beliau telah dilantik semula selaku Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk penggal 5 tahun kedua.Jumlah harta: RM48 billion
No. 5 – Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum

Merupakan seorang Raja dari Dubai. Hartanya merosot berbanding tahun sebelum ini. Beliau berkemahiran menunggang kuda.
Jumlah harta: RM14 billion
No. 6 – Putera Hans-Adam II Von und zu Liechtenstein

Pemerintah Liechtenstein. Ketua sebuah keluarga berusia hampir 900 tahun.
Jumlah harta: RM11.2 billion
No. 7 – Raja Mohammed IV

Raja dari Maghribi (Morrocco). Merupakan antara raja termuda dari senarai 10 orang raja terkaya, berusia 46 tahun.
Jumlah harta: RM 8 billion
No. 8 – Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani

Menjadi pemerintah Qatar selepas menggulingkan ayahnya. Menghabiskan masa lapangnya di atas kapal layar yang dikenali sebagai Al Mirqab sepanjang 133 meter.
Jumlah harta: RM8 billion
No. 9 – Putera Albert

Memerintah di wilayah Monaco yang lebih kecil dari Central Park, New York. Harta keluarganya juga termasuk dari saham kasino Monte Carlo.
Jumlah harta: RM3.2 billion
No. 10 – Putera Karim Al Husseini

Pemerintah yang tidak mempunyai negara kerana merupakan ketua 17 juta penganut Ismaili di seluruh dunia. Juga meminati kuda dan mempunyai ladang ternak kuda di Ireland dan Perancis.
Jumlah harta: RM2.6 billion

Sunday, 10 August 2014

Kuasa Allah, Palestin : 1,800 Pergi, 4,500 Sebagai Ganti


Palestin : 1,800 Pergi, 4,500 Sebagai Ganti



GAZA CITY: Lebih 4,500 kelahiran baru direkodkan sepanjang tempoh 30 hari serangan tentera rejim Zionis ke atas Gaza, kata sumber Kementerian Kesihatan Palestin.

Jurucakap kementerian, Eiad al-Bozum, bagaimanapun berkata pihaknya secara rasmi belum membuat kaji selidik lanjut berhubung akngka itu namun menambah pihaknya yakin jumlah sebenar mencecah 5,000.

Al-Bozum berkata, ini kerana masih ramai bayi yang baru lahir tersebut belum sempat didaftarkan kerana kekalutan sepanjang serangan.

Populasi Gaza mencecah 1.9 juta menjelang suku pertama tahun ini, termasuk 947,000 lelaki dan 922,000 wanita.

Dijangkakan jumlah itu akan mencapai 2.3 juta menjelang tahun 2020, sekaligus menjadikan Gaza kawasan kepadatan penduduk paling tinggi di dunia.

Israel memulakan serangan sejak 7 Julai lalu terhadap Gaza.

Sepanjang 30 hari serangan, seramai 1904 rakyat Palestin gugur Syahid, termasuk 433 kanak-kanak. - Harakah Daily

Thursday, 7 August 2014

Obama tidak simpati kepada Hamas

Obama tidak simpati kepada Hamas



WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama secara terang-terangan menyatakan pendirian bahawa beliau tidak sedikit pun bersimpati dengan Hamas.

Pendirian itu disuarakan selepas Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Afrika di sini.

Obama berkata, beliau hanya bersimpati dengan penduduk Gaza dan kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab Hamas kerana mencabuli gencatan senjata 72 jam yang pernah disuarakan AS Jumaat lalu.

“Hamas bertindak luar biasa. Mereka memberi risiko tinggi terhadap orang awam terutama apabila menempatkan pelancar roket di kawasan awam semasa konflik.

“Tiada mana-mana negara akan bertolak ansur jika roket dilancarkan ke negara mereka. Oleh sebab itu, saya secara konsisten mempertahankan hak Israel untuk mempertahankan diri,” katanya menurut laporan AP.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan penilaian Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, bahawa Operasi Perlindungan Sempadan ini wajar dilakukan, Obama menjawab; Ia hanya menyusahkan orang awam di Gaza.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa membantu dalam pembinaan semula Gaza selepas mereka dikepung dan terasing dari dunia luar.

Saturday, 26 July 2014

AIR TERJUN TERCANTIK DI DUNIA





Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai “Honeymoon Capital of the World”.


Dengan ketinggian 979 meter,Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.




Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan ‘Golden Circle’, tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.




Sesuai dengan namanya,Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas




Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.


Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut