Friday, 1 August 2014

Pelik tapi benar – Seorang nenek berumur 75 tahun mengandungkan bayi selama hampir 50 tahun


Ketika berumur 26 tahun, pada tahun 1955, Zahra Aboutalib telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesakitan selama 48 jam untuk bersalin. Doktor ingin menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi ini tetapi Zahra terlalu takut dan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari. Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin berhenti dan dia percaya bayi ini akan lahir kemudian tetapi ini tidak terjadi, bayi itu tidak juga lahir-lahir.

Pada umur 75 tahun, tiba-tiba Zahra terasa sakit perut macam hendak bersalin dan dia telah membuat pemeriksaan doktor dan rahimnya telah discan. Alangkah terkejutnya apabila terdapat seketul benda berbentuk bayi yang dibaluti oleh cangkerang yang agak keras (macam mumi) di rahimnya. Ini bermakna, Zahra telah mengandungkan bayi ini hampir 50 tahun lamanya. Kandungan ini telah membesar di luar rahim dan telahpun bersatu dengan organ dalaman Zahra. Secara fisiologinya, bagi melindungi tubuhnya daripada jangkitan penyakit bawaan daripada bendasing dalam badannya, badannya telah bertindak membina lapisan cangkerang yang membaluti bayi yang tidak pernah dilahirkan ini.

Akhirnya pembedahan ke atas Zahra dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam bentuk mumi ini. Itulah kekuasaan Allah, Dia berbuat apa yang disukai-Nya. Wallahu a’lam.

Bayi 18 bulan terkunci sejam dalam kereta


Bayi 18 bulan terkunci sejam dalam kereta



Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus menyelamat Marisa Mohd Hashim (gambar kecil) yang terperangkap dalam kereta ibunya apabila pintu kereta tiba-tiba terkunci. Seorang doktor melalui detik cemas apabila anak kecilnya berusia 18 bulan terperangkap hampir satu setengah jam di dalam kereta miliknya yang tiba-tiba terkunci dari dalam ketika sedang memasukkan barangan dibeli di sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Marisa Mohd Hashim berada di tempat duduk bahagian depan kereta, sebelum tibatiba semua pintu kereta terkunci ketika ibunya memasukkan barangan dibeli, ke dalam kereta.

Dr Zaleha Mohd Zahid, 47 berkata,kejadian itu dipercayai berpunca daripada Marisa yang bermain kunci automatik kenderaan itu menyebabkan pintu kereta terkunci. Beliau kemudian cuba membuka pintu tetapi gagal dan terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jertih untuk membuka pintu.

Tebuk cermin sisi

“Alhamdulillah, syukur anak kecil saya dapat diselamatkan selepas hampir satu setengah jam terperangkap dalam kereta.

“Hanya Allah yang tahu berdebarnya hati saya memikirkan keselamatan dan keadaannya sepanjang terperangkap itu,” katanya.

TAHUN 2015 AKAN ADA 11 KALI CUTI HUJUNG MINGGU YANG PANJANG

TAHUN 2015 AKAN ADA 11 KALI CUTI HUJUNG MINGGU YANG PANJANG

Hujung minggu yang panjang. Sesuatu yang menarik untuk tahun mendatang? sebuah portal pelancongan telah kumpulkan cuti awam di Malaysia pada tahun 2015, dan tahun depan menjadi tahun yang hebat dari segi masa bercuti – bagi sesetengah orang, di mana mempunyai 11 hujung minggu yang panjang pada tahun 2015!

Negeri-negeri yang berlainan di Malaysia mempunyai cuti yang berbeza, maka jumlah anda hujung minggu yang panjang mungkin berbeza bergantung kepada lokasi anda. Sekurang-kurangnya, anda akan mempunyai 8 hujung minggu yang panjang, beri anda banyak masa untuk percutian mengejut sepanjang tahun. Hanya maksimum 3 hari cuti akan diperlukan bagi anda untuk mendapatkan semua hujung minggu yang panjang – tidak perlu ambil cuti tahunan yang banyak bukan?

Kisah Yang Menyayat Hati – Kasih Seorang Yang Bergelar Bapa..

Kisah Yang Menyayat Hati – Kasih Seorang Yang Bergelar Bapa..


Gambar Hiasan

Nak berkongsikan satu kisah benar kasih seorang ayah terhadap anaknya, kita semua mungkin bakal lalui pengalaman yang sama kelak. KERANA DIA SEORANG AYAH -Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian. Kisah ini diperolehi daripada sumber selatanonline.net.

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai.

Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Notakaki : Kasih Sayang Membawa Ke Syurga

Aman Palestin | Gambar tentera Mesir yang tertawan oleh askar Israel



Aman Palestin

Gambar tentera Mesir yang tertawan oleh askar Israel selepas Mesir kalah kepada Israel di Perang Enam Hari 1967. Mereka dihina dengan dicabut seragam tentera mereka dan hanya memakai pakaian dalam sebelum mereka dibunuh.

Apakah Mesir lupa akan penghinaan ini sehingga sanggup bersekutu dengan Israel menutup sempadan Rafah ?

________________________________

A photo showing Egyptian army captured by Israel's military after losing in the Six Days war in 1967. They were stripped to their undergarments before being executed to death.

Has Egypt forgotten this humiliation by allowing themselves to conspire with israel in closing the Rafah border?

Sumber;
mo5talfoon
‪#‎weareallqassam‬
‪#‎gazaunderattack‬
‪#‎dedaunhancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏غزة_تقاوم‬

Ronaldo sanggup berkorban...

Ronaldo pon sanggup berkorban, kenapa kita sebagai Muslims tidak?




11 PETUA SUPAYA ISTERI CEPAT MENGANDUNG


11 PETUA SUPAYA ISTERI CEPAT MENGANDUNG


supaya isteri mudah mengandung


1. 30 – 60 minit sebelum bersetubuh, pergi kencing dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam buku ( garam asli ).

2. Setelah habis bersetubuh, jangan bergerak atau bangun. Terus tidur atau sekurang-kurangnya baring 30 – 60 minit, untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang-renang ketepian terus ke hujung fallopian tube dengan lajunya.

3. Jangan sekali-kali cuci faraj selepas bersetubuh.

4. Lakukan persetubuhan sekerap mungkin.

5. Lakukan persetubuhan pada tarikh subur ( Hari ke 14 ) sekurang-kurangnya 6 pusingan.

6. Sebelum pancutan air mani, batang hendaklah betul-betul tegang dan masukkan batang sedalam mungkin pasak sedalam-dalamnya dan pancutlah air mani dengan laju.

7. Lakukan seks dengan gaya dan teknik ‘deep penetration’ antaranya ialah teknik dari belakang (doggy) bukan liwat, di mana wanita duduk melutut dan lelaki memasukkan batang dari arah belakang sambil menarik pinggang isteri rapat ke arahnya. Teknik ini sangat sesuai jika si suami mempunyai batang kontot.

8. Menggunakan Teknik Tok Janggut, diasaskan dari cerita Musang Berjanggut yang mana teknik ini memerlukan kedua kaki wanita kengkang ke atas dan masukkan batang yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus ke faraj dari arah depan.

9. Menggunakan Teknik Che Siti Wan Kembang, teknik berasal dari Kuala Krai Kelantan ini terbukti berkesan dengan jumlah statistik mendapat anak yang ramai yang mana konsep adalah dengan melapik bantal di bawah punggung perempuan. Teknik Puteri Saadong dan lain-lain gaya yang difikirkan batang dapat menusuk terus rapat ke hujung rahim.


” Kebanyakan skill ini ada dah semulajadi kat awek Kelantan dan anda tak perlu susah nak cerita banyak pada mereka sebab semuanya tersedia pakej lengkap jika isteri anda orang Kelantan “

10. Mana-mana gaya dan teknik yang menyakitkan isteri hendaklah diketepikan dan tukarkan dengan teknik-teknik lain.

11. Selepas pancutan air mani, kekalkan batang ke dalam faraj beberapa ketika sehingga batang kecut sepenuhnya tak bermaya lagi nak main atau sehingga faraj mengecut kembali.

12. [Tambahan] Berdoa la banyak2 kepada Allah, supaya dipercepatkan dpt zuriat.