Wednesday, 30 July 2014

Kenapa Gadis Melayu Sekarang Suka Memakai Baju Ketat-Ketat?

Kenapa Gadis Melayu Sekarang Suka Memakai Baju Ketat-Ketat?


Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”


1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi.

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut!


2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.


3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.


4. Bertepuk bertampar dengan lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?


5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai

Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai adik perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

MELETUP!!! Foto Terbaru Artis Malaysia Kian Berani Menunjukan aset?

MELETUP!!! Foto Terbaru Artis Malaysia Kian Berani Menunjukan aset?


Artis tempatan kian berani menunjukan'aset'mereka kehadapan orang ramai. Kemanakah pergi harga diri mereka?? Adakah hanya mampu dijual beli dengan wang ringgit dan populariti??

Jabatan agama islam perlulah mengambil tahu tindakan yang drasik terhadap artis-artis Malaysia yang berpenampilan tidak senonoh bagi orang ramai atau dengan berbahasa kasarnya penampilan lucahh ini.bukannya nak menyokong pendapat mengatakan penampilan artis-artis tersebut melampau tetapi pelik juga dengan undang-undang yang sedia ada yang dilihat agak flip-flop.






MELETUP sayang..

TEMPAT PELANCONGAN PALING MENYERAMKAN DI MESIR

TEMPAT PELANCONGAN PALING MENYERAMKAN DI MESIR




Biasanya, muzium dijadikan lokasi untuk melihat mumia. Di sana,pelawat akan didedahkan dengan mumia yang dilindungi dengan dinding kaca. Tetapi anda hanya boleh sekadar melihatnya saja.
Meskipun begitu, rasa ngeri dan seram tetap menyelimuti perasaan setiap pengunjung yang datang. Untuk yang ingin pelancongan lebih mencabar, cubalah datang ke sekitaran puncak Gunung Dakhla, Gebel Edmonstone, Mesir.


Di sini ada sebuah perkuburan purba bernama Muzawaka. Dipetik dari laman web rasmi pelancongan Mesir, pengebumian ini sudah ada sejak peradaban Romawi.


Sejak ditemui pada tahun 1972, Perkuburan Muzawaka jadi tarikan pelancongan yang terkenal di Mesir.Muzawaka juga menjadi tempat pelancongan yang paling mengerikan di sana.Berada di pergunungan, Muzawaka dihuni oleh banyak makam dan mumia. Ada banyak mumia dan tulang berselerakkan di sana.


Entah kerana memang sengaja diletakkan begitu saja atau kerana digali haiwan buas. Yang pasti pelancong boleh melihat dengan jelas.


Bukan cuma itu, jika berani pelancong yang datang boleh menyentuhnya, tapi jangan sampai merosakkan mumia. Tidak hairan jika objek pelancongan ini jadi salah satu yang paling seram di Mesir.


Melihat ke sekitar pengebumian, ada lukisan yang terukir cantik di dinding. Menurut ahli arkeologi, lukisan tersebut menggambarkan adegan orang yang menyembah Dewa Petorisis dan Sadosiris.


Untuk pergi ke makam Muzawaka, ada banyak agen tempatan yang menyediakan pakej pelancongan ini. Anda juga boleh menyewa kereta dengan pemandu tempatan yang akan membimbing pelancong menuju Muzawaka.




Mufti Perak, Tan Sri Harussani Haram ‘Selfie’ Di kubur


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Haram ‘Selfie’ Di kubur

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.

“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber’selfie’ di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal dilaksanakan sempena sambutan hari raya.

“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.

“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.

Mahasiswi tercantik di China

Zhang Zetian, mahasiswi berparas cantik dan cute mendadak menjadi selebriti di internet selepas memuat naik fotonya sedang memegang gelas ais di rangkaian sosial Weibo. Ia digelar sebagai "Milk Tea Girl" kerana fotonya yang diambil ketika ia masih berstatus sebagai pelajar Sekolah di Nanjing.

inilah foto yang membuat Zhang terkenal ke seantero dunia "Milk Tea Girl"





Tak dapat dielakkan hal ini membuat Zhang yang kini duduk di Tsinghua University dinobatkan sebagai mahasiswi tercantik dan tercomel sedunia oleh para penggunaWeibo.

Walau sudah menjadi terkenal, Zhang tetap bersikap rendah hati dan mengatakanbahawa ia tetap akan memberi tumpuan memikirkan pendidikannya walau banyaksyarikat yang ingin menjadikannya bintang iklan di samping, tentu saja, banyak lelaki yangberbaris ingin menjadi kekasihnya

Kecantikannya sungguh alami

China merupakan negara berpenduduk terbanyak di dunia, dan Zhang amat bertuahdisana dan seluruh dunia mengenalinya. Kalau di sini, sudah pasti dia bakal menjadiselebriti terkenal.

Kisah Seram Misteri Hotel Sungai Petani


Kisah Seram Misteri Hotel Sungai Petani

Aku ni sebenarnya tak tahu sama ada aku ni “sensitive” atau tidak.. Selalunya, aku boleh merasakan kehadiran makhluk halus yang tidak diundang disekeliling aku, terutamanya di tempat baru. Kawan-kawan aku selalu suka membawa aku pergi ke tempat yang mereka ingin lawati terlebih dahulu sebelum mereka membuat tempahan kat hotel yang mereka ingin sewa. Mereka mahu melihat sama ada tempat tu ok atau tidak.


Gambar Sekadar Hiasan
Pengalaman seram yang sememangnya tak dapat ku lupakan selagi aku masih bernyawa ni adalah pengalaman yang ku alami di sebuah hotel di sebuah pekan kecil di utara semenanjung.
Kali pertama aku menjejakkan kaki di pekan itu adalah pada tahun 1998. Aku suka akan kehijauan dan kedamaian pekan tersebut, tetapi bukan hotel yang aku diami. Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut, perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih menusuk di dalam sanubari aku. Aku ingat kan mungkin keadaan masa itu, (aku sampai kat hotel dalam pukul 6:30 petang) dan aku buat tak tahu je.

Aku ditempatkan disebuah bilik terakhir di block baru. Bila aku masuk, aku dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, terlalu dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, aku rasa seperti aku diperhatikan. Aku pun ikat langsir dan aku dapati bilik aku mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang. Aku pun segera meminta pihak hotel menukar bilik aku dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan aku. Aku tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan.

Kali kedua aku ke pekan itu, aku ditempatkan di hotel yang sama. Tempoh kali ini adalah lebih panjang, lebih kurang dua bulan setengah. Aku telah ditempatkan di bilik tidak jauh dari bilik lama dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Aku terjaga setiap malam pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi. Bayangkan keadaan aku ketika itu, tanpa tidur yang cukup dan terpaksa ke pejabat keesokan harinya.

Pada satu malam, dalam lebih kurang pukul 10, aku pun menjalankan operasi biasa aku, check semua pintu dan tingkap sama ada telah aku kunci atau tidak. Aku pun check pintu sliding door balcony bilik aku tu, yelah petang tadi aku lepak kat situ sambil minum kopi mengadap swimming pool. Mana tau kot-kot aku terlupa menguncinya. Apabila aku tutup semula sliding door tu, aku terbau sesuatu yang amat busuk macam bau bangkai. Aku segera memeriksa kasut aku, mana tau aku terpijak taik kucing ke, bangkai tikus ke tetapi kasut-kasut aku tak ada bau. Aku pun buat kesimpulan bahawa mungkin bau tu masuk bilik aku masa aku bukak pintu sliding door tadi. Mungkin ada tikus mati kat taman bawah bilik aku tu kot (walaupun petang tadi masa aku lepak kat situ, mana ada bau busuk).

Aku terjaga seperti biasa dalam pukul 2 pagi. Aku cuba juga untuk melelapkan mata tapi setiap kali aku cuba untuk berbuat demikian, aku ternampak seperti bayang-bayang yang terbang di atas kepala ku. Ini adalah kerana keadaan dalam billik tersebut boleh dilihat dari atas katil kerana bilik itu banyak dihias menggunakan cermin. Aku seperti diperhatikan. Aku pun apa lagi, terus berjaga sampai pukul 6 pagi. Nasib baik masa tu siaran TV3 24 jam, boleh jugak aku pasangkan suara tv tu dan cuba menonton program yang ada.

Keesokan harinya, aku balik kerja cepat sebab aku ada projek, baca Yassin selepas solat Maghrib dan Isyak. Aku pun meneruskan projek yang telah ku rancang. Lebih kurang dalam pukul sepuluh, aku pun tertidur. Aku terjaga lagi pada malam itu dalam pukul 1 kerana aku terbau bau limau nipis yang kuat dalam bilik aku. Ini sudah kerja gila, aku memberitahu diriku. Aku berasa seolah-olah bilik tersebut penuh dan suasana dalam bilik itu panas dan tidak selesa langsung. Aku terdengar seperti orang berbisik tetapi tak tau biji butir percakapanya tapi aku tahu, aku tidak diterima untuk berada di situ.

Aku menggeletar di atas katil sendirian dan berperang dengan perasaan aku. Hati aku berbisik mengatakan kalau aku tak keluar dari bilik ni pukul 3 pagi, sesuatu yang buruk akan menimpa diri aku. Tepat-tepat pukul 3 pagi, aku lari keluar dari bilik aku dan terus ke lobi. Aku duduk dilobi dengan baju sejuk, bantal dan walkman. Aku duduk di situ dengan aman dan tenteram sehinggakan aku boleh tertidur di situ. Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu berdiri disebelah ku. Rupa-rupanya para petugas malam hotel tersebut datang kepada ku dan bertanya kenapa aku berada di situ dan juga dengan celuparnya bertanya, sama ada bilik aku ada hantu ke?

Yang aku ingat aku memberitahu mereka “Tolong tukar bilik I, I nak bilik lain la”. Berulang kali aku mengatakan perkara yang sama. Kemudian, petugas itu meninggalkan aku. Dalam pukul 6, aku telah dikejutkan oleh seorang pakcik yang baru masuk kerja syif yang sudi menolong aku pindah ke bilik baru. Aku berasa berat hati tetapi pakcik tersebut berjanji akan menunggu aku pack barang aku dan mengangkatnya sehingga ke bilik baru. Pakcik itu membawa barang aku dan menunjukkan bilik baru aku. Terima kasih pakcik, jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila. Tapi yang menjadi pertanyaan pada diri aku sampai hari ini, semua pekerja hotel terbabit seolah-olah tahu sesuatu telah berlaku semasa aku lari keluar dari bilik aku tetapi tidak mahu memberitahu aku.

Oklah, setelah ditempatkan dibilik baru, apabila aku balik dari kerja petang tu, receptionist kata diorang dah upgrade bilik aku dari deluxe ke junior suite dan pada harga bilik deluxe. Diorang upgrade kan bilik aku sebab diorang kata, dekat “wing” bilik lama aku tu, cuma aku sorang je yang ada, bilik lain semuanya kosong. Walaupun ada guard rounding, diaorang takut kalau jadi apa-apa, tak ada orang yang tahu….
Tiba-tiba buat aku terfikir, mungkinkah mereka tahu keadaan sebenar hotel diorang tapi tak nak takutkan pelanggan, almaklumlah, nanti tak ada bisnes. Tambahan pula, menurut kata pihak hotel, bilik baru ni terletak tidak jauh dari meja receptionist. Diorang dah siap angkut barang² aku dan letakkan kat bilik baru. Aku pun apa lagi, seronok lah tanpa mengetahui nasib yang akan menimpa diriku seterusnya.

Mula-mula tu aku rasa selesa dalam bilik tapi setelah dua tiga malam tidur di situ, aku mula rasa perasaan yang sama seperti dibilik-bilik sebelumnya. Tiap-tiap malam aku terdengar bunyi orang berkawad di luar dan dalam bilik. Bila aku cuba memeriksanya, tidak ada seorang pun yang kelihatan. Aku masih lagi terjaga pada pukul 1:00 pagi dan tak boleh melelapkan mata hingga ke pagi. Aku cuma berasa selesa apabila azan Subuh berkumandang, seolah-olah dapat melihat “benda-benda” tu semuanya bertempiaran lari dari bilik aku.
Pada satu malam, seperti biasa dalam pukul 1 pagi aku terjaga, kali ini aku amat terkejut kerana aku terhidu bau shampoo yang masih segar, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Aku tahu bau tersebut adalah bau shampoo yang baru ku beli petang tadi. Aku pun masuk ke bilik air untuk menyiasat dan amat terkejut kerana bilik air tersebut masih basah, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Aku amat pasti bahawa sebelum aku tidur tadi, bilik air tersebut kering sahaja. Masih terdapat kesan wap panas di cermin bilik air. Perasaan ku yang pada mulanya cuak mula menjadi huru-hara. Aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan, sama ada keluar dari bilik air atau keluar dari bilik aku. Dalam keadaan itu, aku segera mengambil keputusan untuk keluar dari bilik air dan duduk diluar sementara memikirkan apa tindakan yang sepatutnya aku buat.

Tanpa ku sangka-sangka, aku sebenarnya tersilap membuat perhitungan. Apabila aku tiba diluar, aku teramat terkejut kerana ada benda yang sepatutnya tidak berada di dalam bilik ku berada di atas katil aku. Tak dapat aku bayangkan perasaan aku ketika itu, kalau toreh pisau kat muka pun tak keluar darah. Aku nampak 3 kepala manusia sedang bergolek-golek di atas katil aku!! Apabila menyedari aku memerhatikan aksi mereka, mereka segera berhenti dan menyeringai ke arah ku. Aku tidak tahu dari mana aku dapat kekuatan aku kerana tiba-tiba sahaja aku dapati diri aku kini berada di lobi hotel (sekali lagi). Kali ini aku memilih untuk duduk di kerusi sebelum meja reception (menuju ke arah bilik lama aku) kerana aku tidak mahu dihujani dengan pertanyaan pihak pengurusan hotel.

Aku telah mengambil keputusan nekad, check out dari hotel tersebut petang itu jugak. Aku menerima tawaran salah seorang rakan sekerja aku untuk tinggal bersama dia. Pihak pengurusan hotel terbabit cuba untuk memujuk aku tinggal di situ memandangkan mengikut tempahan awal, aku sepatutnya tinggal di situ selama 2 bulan setengah. Salah seorang dari pengarah mereka telah menelefon aku di pejabat setelah seminggu aku keluar dari hotel mereka dan aku menceritakan semuanya tanpa selindung. Yang peliknya, dia tidak pula menafikan kisah seram aku, cuma dia diam sahaja seolah-olah tahu yang sebenarnya memang ada masalah dengan hotel mereka.

Daripada salah seorang kawan aku yang bapanya kerja kat hotel tersebut (wonder why aku tak pernah tanya dia sejak dari mula), hotel tersebut memang seram. Bapanya turut mengatakan semua bilik yang aku pernah diami itu sememangnya tak pernah lama dihuni orang kerana keesokan harinya penghuni bilik-bilik terbabit pasti akan bertanya kepada pihak kaunter sama ada bilik mereka itu ada hantu. Cuma kes aku sahaja yang terlalu ekstrem sehingga pihak pengarah mereka pun tahu mengenainya.
Menurut bapa kepada kawan aku, beberapa pekerja part time bahagian dapur pun mengalami masalah yang sama. Ada sorang student ITM yang buat part time kat situ tu sampai demam panas kerana terlalu terkejut melihat 3 lembaga hitam sedang makan di dalam dapur hotel terbabit. Dia hairan mendengar bunyi bising di dalam dapur dan seperti aku, cuba untuk menyiasat.

Kalau setakat panggilan telefon ditengah malam ke meja front office tu perkara biasa (mengikut kata pakcik tu lah). Bila mereka jawab panggilan tersebut, yang kedengaran hanyalah hembusan nafas dan kemudian diikuti oleh hilaian ketawa yang panjang. Daripada switchboard tu, mereka tahu bilik mana yang membuat panggilan dan menyuruh guard pergi check bilik-bilik terbabit (walaupun mereka tahu dalam register tak ada orang di bilik terbabit) dan guard tersebut selalunya mendapati bilik itu tidak dihuni oleh sesiapa pun.
Begitulah kisah seram aku berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin tidak seram seperti yang korang harapkan tapi aku telah menulisnya dengan cara aku sendiri. Jangan cuba tanya nama hotel tersebut kerana aku tidak akan memberitahu. Yang boleh ku katakan, hotel tersebut terletak di Sungai Petani.

BAYI TERPERANGKAP 16 JAM SELAMAT

BAYI TERPERANGKAP 16 JAM SELAMAT

DAMSYIK - SYRIA. Seorang bayi berusia dua bulan selamat dikeluarkan daripada celah runtuhan bangunan di Aleppo selepas terperangkap selama 16 jam, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Menurut laporan AFP, anggota Pasukan Pertahanan Awam Aleppo turut merakamkan detik cemas bagaimana bayi perempuan yang diliputi debu tersebut dibawa keluar oleh seorang penduduk tempatan.

"Ia adalah satu keajaiban dan bukti kekuasaan ALLAH SWT!" kata seorang daripada anggota pasukan penyelamat terbabit.



Difahamkan, ibu bayi perempuan tersebut yang cedera akibat bedilan tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad juga berjaya diselamatkan dalam insiden itu.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan kesahihan video berdurasi 30 saat itu masih belum dapat dipastikan.