Sunday, 3 August 2014

Kisah Pengajaran: Jadikan Saya Sebuah Televisyen..


Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya..

'Kenapa menangis ni?'




'Lihatlah karangan budak ni..'



Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.




                                                    "Jadikan Saya Sebuah Televisyen"


                                  


"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.


Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti televisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.


Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.


Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.


Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.


Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."




Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata


'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'


Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.


'Abang, itu karangan anak kita!'


Jika diperhatikan sekarang ini.. suami dan isteri masing-masing sibuk untuk melayan dan fokus kepada telefon bimbit masing-masing.. dengan melayan email.. facebook.. whatsapp.. wechat.. kadang-kadang anak-anak tengok dari jauh sambil main mainannya keseorangan.. Adakalanya ketika sedang berkumpul atau makan satu keluarga, suasana mejadi sunyi dengan masing-masing sibuk melayan telefon bimibit mereka masing-masing.. Jangan pulak nanti anak-anak kita pulak buat essei.. 'Jadikan saya sebuah Handphone'..


Sama-samalah kita berikan perhatian pada insan-insan disekeliling kita yang perlukan perhatian dann kasih sayang kita.. InsyaALLAH..

Saturday, 2 August 2014

Penonton Maut Semasa Menyaksikan Penentuan Penalti Brazil - Chile.

Menyaksikan perlawanan Bola Sepak adalah sesuatu yang mendebarkan terutamanya apabila menyaksikan negara sendiri bertanding seperti di dalam World Cup 2014 yang tengah berlangsung ketika ini... Adakalanya debaran itu boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku kepada penonton..


SEORANG penyokong bola sepak Brazil meninggal dunia kerana serangan jantung ketika sedang menyaksikan aksi penentuan sepakan penalti Brazil dan Chile awal Ahad lalu.


Lelaki berusia 69 tahun itu dikatakan mengalami tekanan dengan dengan aksi tersebut ketika menonton di sebuah bar berdekatan dengan stadium di Belo Horizonte.


Penyokong tersebut mempunyai rekod mengidap penyakit darah tinggi, memberitahu tidak sihat dan telah dihantar ke hospital namun meninggal dunia sebaik sahaja tiba di situ, lapor sebuah akhbar Brazil, Estado de Minas.


Menurut laporan tersebut, pegawai kesihatan di Brazil telah menjalani rawatan seramai 98 orang penyokong ketika perlawanan itu, termasuk seorang wanita berusia 50 tahun yang mengidap penyakit jantung, manakala seorang lelaki muda mengalami patah hidung kerana bergaduh.


Perlawanan Brazil-Chile berkesudahan seri 1-1 sehingga mengheret perlawanan ke penentuan penalti yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Brazil 3-2. - See more at: http://ejeninfo.blogspot.com/2014/07/penonton-maut-semasa-menyaksikan.html#sthash.BGRsXCIK.dpuf

Amy Search Restu Hubungan Cinta Nabila Huda..

PETALING JAYA: Penyanyi rock negara Amy (Search) sudah merestui hubungan cinta anaknya, Nabila Huda dengan kekasih walaupun pernah meluahkan rasa kurang berkenan terhadap lelaki itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyifatkan lelaki tersebut (yang enggan didedahkan identiti) seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup berdepan dengannya memohon maaf atas kesilapan dahulu, selain turut menjernihkan hubungannya dengan Nabila.

"Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya.

"Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.

"Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih," katanya kepada mStar Online.
Foto keluarga yang dimuat naik di Instagram milik Amy (Search).
                             Terdahulu, hubungan Amy dan Nabila dikatakan renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada yang kasar berhubung gambar aktres itu bermesra dengan kekasihnya ketika bercuti di luar negara.


Dalam pada itu, Nabila juga dikatakan sudah lama tidak bertemu bapanya itu dan tidak beraya bersama mahupun di sebelah ibu, sebaliknya pelakon berbakat besar itu mengambil kesempatan bercuti dan beraya di negara jiran, Singapura.


Bagaimanapun, pada sambutan Hari Raya pertama Isnin lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana akhirnya dia dan Nabila sudah berbaik semula.


Sementara itu, kata Amy, walaupun pelbagai dugaan yang dilalui dalam keluarganya, dia yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.


"Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat," tuturnya.

TANPA ISTERI, LEBARAN AWIE KALI INI LEBIH BERMAKNA BERSAMA 5 ANAK-ANAK


TANPA ISTERI, LEBARAN AWIE KALI INI LEBIH BERMAKNA BERSAMA 5 ANAK-ANAK




KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2014: Sekalipun ditimpa kemelut dengan isterinya, Rozana Misbun, namun penyanyi dan pelakon Awie akui sambutan lebaran kali ini lebih bermakna buat dirinya


“Alhamdulillah…Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kerana saya akan bersama dengan kelima-lima anak saya.


“Pada hari raya pertama, saya dan anak-anak akan beraya di rumah ibu saya di Cheras,” katanya vokalis kumpulan Wings ini kepada Astro Gempak.


Tambah Awie lagi, persiapan Aidilfitri pada tahun ini diuruskan sendiri olehnya.


“Persiapan raya saya dan anak-anak setakat ini cukup lengkap semuanya. Saya memang lebihkan anak-anak kerana mereka yang paling seronok setiap kali hari raya.


“Biarpun sederhana, asalkan anak-anak saya gembira. Mereka juga teruja mahu beraya bersama nenek mereka di Cheras.


“Juadah raya semua ibu yang sediakan…Kuih muih…rendang…semua air tangan ibu saya…,” katanya teruja.


Sebelum mengakhiri perbualan Awie sempat bercerita tentang keterujaan anak-anaknya membeli belah baju raya dan kelengkapan lain.


“Mereka memang paling seronok bila saya kata nak belanja baju raya…Rupanya masing-masing dah ada ‘plan’ nak bergaya sakan,” katanya sambil ketawa terkenangkan gelagat anak-anak. 

SHAH RUKH KHAN TAK SAMBUT SYAWAL PADA TAHUN INI?


KENAPA DATO' SHAH RUKH KHAN TAK SAMBUT SYAWAL PADA TAHUN INI?





MUMBAI, 31 JULAI 2014: Setiap kali menjelangnya lebaran,bintang Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan memang dikenali sebagai salah seorang selebriti yang sentiasa meraikan perayaan Aidilfitri dengan begitu meriahnya.


Pada tahun lepas, Shah Rukh telah mengadakan parti Aidilfitri di kediamannya di Bandra, secara besar-besaran sempena kejayaan filemnya di kediamannya, Chennai Express.


Namun, tahun ini, Shah Rukh Khan dilaporkan tidak meraikan langsung kedatangan lebaran pada kali ini. Apakah yang menyebabkan Shah Rukh Khan bertindak sedemikian?


Sebenarnya, ia bukanlah disebabkan apa-apa, namun Shah Rukh Khan memberitahu bahawa dia sangat sibuk membuat persiapan dengan filem terbaru lakonanya, Happy New Year arahan Farah Khan.


“Shah Rukh Khan mempunyai jadual yang padat kebelakangan ini. Promosi untuk filem Happy New Year sepatutnya sudah pun bermula dan ada yang perlu dilakukan bagi memastikan rangka promosi filem itu berjaya dilakukan dengan berkesan," kata satu sumber.


Dalam pada itu, Shah Rukh Khan juga telah membuat perancangan untuk mengadakan konsert jelajah satu dunia yang dinamakan Slam! sempena mempromosikan Happy New Year.


Happy New Year yang sekali lagi menggandingkan Shah Rukh Khan dengan aktres Deepika Pandukone telah diterbitkan oleh isteri Shah Rukh Khan sendiri iaitu Gauri Khan.


Filem ini bakal ditayangkan sempena perayaan Diwali pada 23 Oktober nanti dan konsert jelaha dunia Slam! pula akan bermula di Houstan, Amerika Syarikat pada 19 September diikuti dengan tempat-tempat lain seperti New Jersey, Toronto, Chicago, Vancouver and San Jose.


Menariknya, konsert jelajah dunia Slam! ini tidak hanya akan dijayakan oleh Shah Rukh Khan bersama Deepika Pandukone semata-mata, tetapi ia juga turut menampilkan kesemua barisan pelakon Happy New Year yang lain.

KELAKUAN PELIK DAN SEKSI PRAMUGARI KAPAL TERBANG


GAMBAR-GAMBAR KELAKUAN PELIK DAN SEKSI PRAMUGARI KAPAL TERBANG

Kita tahu bahawa atendan penerbangan sentiasa sangat elegan dan wanita cantik, atau sekurang-kurangnya jadi dalam kebanyakan kes, bagaimanapun, apabila tiada satu di pesawat, ramai daripada mereka bertindak agak gila dan imej-imej menunjukkan semuayang saya katakan. Gambar-gambar ini menunjukkan kepada kita pramugari pilladas melakukan apa-apa jenis gila

































































Antara Kelebihan Wanita Mengandung


Antara Kelebihan Wanita Mengandung



1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

2. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil

3. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah

4. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji

5. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

6. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid

7. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya

8. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

9. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Sumber: Buku Riwayat Bidadari Syurga Terbitan HR Publishing