Friday, 1 August 2014

SENAMAN TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Senaman Terbaik Untuk Ibu Mengandung


Mengapakah senaman disyorkan semasa hamil?
Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman. Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi.

Senaman apakah yang terbaik bagi saya?Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran – tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda.

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung.

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini.
Berjalan
Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda.Renang
Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan.Kelas senaman air
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan.

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.

Yoga dan regangan
Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan.

Pilates
Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis – dikenali dalam Pilates sebagai “teras stabil” atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi “tangan dan lutut”, dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin.

Senaman angkat berat
Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda.

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan.

Tarian
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain.

Aerobik berimpak rendah dan Fitball
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik.

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

Cara Nak Ajar Samseng Jalanan

Cara Nak Ajar Samseng Jalanan



Cara Nak Ajar Samseng Jalanan

Ini peluang kepada anda semua.Pada musim hari raya pada kali ini Jabatan Pengankutan Jalan memberi peluang kepada pengguna jalan raya yang tidak berpuashati dengan segelintir pemandu tidak beretika (samseng jalanraya) yang sering menyalahguna lorong kecemasan (biasanya ini laluan selamat untuk pengguna motorsikal sahaja).

Dengan cara ini ia banyak dapat membantu mengurangkan belakunya tindakkan tidak beretika pemandu di lebuh raya yang sebahagian besar mengundang rasa tidak senang kepada pengguna lebuhraya yang lain.

Sebaran yang ditulis didalam lama rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan berbunyi begini :

"Aduan kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan boleh dihantar terus ke aduantrafik@jpj.gov.my. Pastikan gambar kelihatan jelas dan terang, nyatakan tarikh, masa, lokasi dan butiran pengadu perlu lengkap."

Jangan terlalu pentingkan diri di jalan raya. Akibat perbuatan anda pengguna jalan raya lain yang mendapat kesusahan.

Pencuri jangan jadi seperti penyagak ini

Pencuri jangan jadi seperti penyagak ini

ade juga rupenye pencuri macam ni...update post kat group beritahu mencuri idevice




lihat dibawah kejujurannya
I


I


I




I




I




I




I




I




I




I




I




I




Mana Nak Letak Muka, Gambar Maksiat Disebar Bekas Teman Lelaki

Mana Nak Letak Muka, Gambar Maksiat Disebar Bekas Teman Lelaki



Mana Nak Letak Muka, Gambar Maksiat Disebar Bekas Teman Lelaki - Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit hati jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari bulan boleh jadi kes bunuh diri kalau provokasi demi provokasi dilakukan terhadap gadis ini.
Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit.

Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah..
Lihat laporan polis neh beb ;

Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb?
1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah.
2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account facebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali.
3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya..
4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa.
5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh.
Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu.. mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri.. dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh..
Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue.. – ohbah.net

AKSI ANJING TERHADAP TUANNYA YANG CANTIK

AKSI ANJING TERHADAP TUANNYA YANG CANTIK




Anjing adalah bintang jenis binatang yang paling dapat berteman dengan manusia, perilaku unik dan lucu mereka membuat sebahagian manusia berminat untuk memeliharanya. Sifat anjing yang mempunyai karakter berkhidmat pada tuannya banyak di gunakan untuk pelbagai keperluan manusia, manusia biasa menggunakan anjing untuk memburu, menarik kereta salji, digunakan sebagai binatang pengesan dan lain sebagainya. Anjing juga sering dipelihara sebagai hobi dari dipelihara, bahkan ada anjing juga yang dipelihara sebagai pemuas nafsu liar perempuan yang mencari sensasi hubungan seks bukan dengan manusia.
Kisah keakraban manusia dengan binatang najis ini banyak terjadi dalam berbagai hal, seperti pada gambar ini. Mereka begitu akrab bergurau dengan anjing peliharaan mereka. Namun ada yang aneh dengan kelakuan anjing ini, dalam salah satu gambar ini kelihatan anjing sedang menghidu punggung tuannya. Menurut anda apa yang sedang dia cari? Mungkin dia suka dengan bau kentut tuannya atau itu merupakan Kebiasaann anjing ini dirumah bersama dengan tuannya, boleh jadi anjing tersebut terbiasa mencium area “V” tuannya ketika mereka bersama-sama ada di rumah dan dia ingin melakukannya di pantai. Kebiasaan binatang kawin di mana-mana tempat, hehehe …





Kejam!! Remaja Ditetak Berkali-Kali

Kejam!! Remaja Ditetak Berkali-Kali


Sangat kejam apa yang dilakukan oleh perompak ini, sanggup menetak remaja hingga keadaan remaja ini kritikal dan dikatakan hampir tidak mempunyai harapan lagi..semoga keadaan remaja ini akan bertambah baik.




maklumat dalam wall fb ini belum dipastikan kesahihannya




Yang pastinya, mangsa ditetak akibat serangan perompak












TUTUP AKAUN NGO: Jawapan HSBC, Nilailah Sendiri…

TUTUP AKAUN NGO: Jawapan HSBC, Nilailah Sendiri…



SHAH ALAM – HSBC menafikan tindakannya menutup beberapa akaun pelanggannya yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam adalah satu bentuk diskriminasi.


HSBC dalam satu kenyataan melalui HSBC Bank Malaysia Bhd semalam berkata, keputusan menghentikan hubungan dengan pelanggan bank itu tidak diambil ringan dan sama sekali tidak berdasarkan bangsa atau agama pelanggan.


“Diskriminasi terhadap pelanggan berasaskan bangsa atau agama adalah tidak bermoral, tidak boleh diterima dan tidak dibenarkan dari segi undang-undang,” menurut kenyataan itu.


HSBC berkata, bank itu mempunyai peraturan dan dasar menyeluruh yang diguna pakai untuk memastikan keputusan perbankan tidak dibuat berdasarkan faktor bangsa atau agama.


HSBC bagaimanapun enggan mengulas berhubung akaun tiga NGO Islam di United Kingdom (UK) yang akan ditutup itu.


Namun menurut HSBC, bank itu didenda sebanyak AS$1.9 bilion (RM6 bilion) pada Disember 2012 oleh pihak berkuasa UK dan Amerika Syarikat serta perlu menandatangani perjanjian pendakwaan tertangguh.


“(HSBC) menjalankan program penilaian strategik dalam semua perniagaannya. Berdasarkan penilaian berterusan ini, kami telah menamatkan hubungan dengan pelanggan individu dan perniagaan di lebih 70 negara.


“Perkhidmatan (perbankan) yang kami berikan kepada pertubuhan kebajikan tidak dikecualikan daripada penilaian di peringkat global ini,” menurut HSBC. – Sinar Harian Online