Tuesday, 9 December 2014

Bapa Cari Dan Tangkap Sendiri Pembunuh Anak

Bapa Cari Dan Tangkap Sendiri Pembunuh Anak | Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang ahli perniagaan bertindak mencari dan menangkap ketua geng terbabit secara sendirian. Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.

               


Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya. Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan. “Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul. “Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh kedalam tasik . 

Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal. “Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi,” katanya. A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu. “Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu. “Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis,” katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.


             
                                                           Suspek

Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran. via Aans1.




Remaja 18 Tahun Maut Akibat Dari Ciuman Pertama

Remaja 18 Tahun Maut Akibat Dari Ciuman Pertama | Ciuman pertama biasanya menjadi detik-detik paling mendebarkan sekaligus membahagiakan. Namun, tidak bagi Jemma Benjamin. Ciuman pertama gadis 18 tahun ini lantas berakhir dengan kematian yang mengerikan. Jemma menghembuskan nafas terakhirnya beberapa minit selepas bercium dengan teman lelakinya, Daniel Ross, 21.


Itu merupakan ciuman pertama sekaligus menjadi ciuman yang terakhir bagi gadis dari Treforest, Pontypridd, South Wales. Daniel menceritakan, pada malam itu ia mengantar Jemma pulang dari sebuah bar setelah makan malam berdua. "Kami berbual dan akhirnya berciuman di lorong berhampiran pintu depan. Kami pergi ke dapur dan ruang tamu. Di sana, Jemma duduk di sofa," jelasnya seperti dipetik dari Daily Mail.


Sesaat setelah berciuman, kelopak mata Jemma tiba-tiba terkulai, mulutnya berbuih, dan tubuhnya terjatuh ke lantai. "Kami tidak melakukan hubungan seksual. Kami hanya berjumpa beberapa kali dalam seminggu," jelas Daniel yang mengenali Jemma di kolej tiga bulan terakhir. Melihat Jemma dalam keadaan begitu, Daniel lantas menghubungi petugas perubatan. Ambulans datang, dan pasukan perubatan cuba menyelamatkan nyawa Jemma, namun tak dapat diselamatkan. 

Jemma diagnosis keadaan jantung yang jarang berlaku, sindrom kematian mendadak dewasa (SADS). Bahkan,boleh menyerang saat penghidapnya sedang tidur. Sindrom ini membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dewasa UK setiap tahun. Satu daripada 20 kes jantung yang jarang berlaku yang menyebabkan kematian mendadak tidak mempunyai penyebab jelas. Keadaan ini dipanggil sindrom kematian mendadak arrhythmic. 

Ini terjadi akibat gangguan irama jantung, yang lebih mempengaruhi fungsi elektrik pada organ, daripada gangguan struktur jantung itu sendiri. Itulah mengapa hanya dapat dikesan pada saat seseorang hidup, bukan setelah kematian. Kesalahan aliran elektrik pada jantung disebabkan oleh kecacatan pada DNA, yang boleh diwariskan. "Ibunya", Charlotte Garwood, berkata, Jemma adalah anak yang sangat cergas semasa hidup. Selain atlet hoki, Jenna juga seorang perenang jarak jauh. "Itu gambaran kesihatannya. Dan, hanya dalam satu minit ia diambil dari saya. Saya sangat merindukannya," jelas si ibu. via Diarishare.

10 Tin Coca Cola selama 30 hari..


LeLaki Ini Minum 10 Tin CoCa CoLa SehaRi SelaMa 30 HaRi. HasiLnya SaNgat MeNgeJuTkaN !!! | George Prior, 50, bersetuju dengan eksperimen yang memerlukan beliau minum 10 tin Coca-Cola sehari selama 30 hari. Dengan berbuat demikian, beliau yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat menambah lagi 900 kalori dan 250 gram gula ke dalam diet hariannya.



Ini menjadikan, dalam tempoh 30 hari, beliau mengambil tambahan 27,000 kalori dan 7.5 kilogram gula. Hasilnya, berat beliau bertambah, perut menjadi buncit, love handles juga wujud selepas tempoh berkenaan. Tekanan darah beliau juga meningkat daripada 129/77 pada permulaan kepada 145/96 di penghujung eksperimen. 

Di penghujungnya, bapa kepada dua anak itu mengakui beliau sudah mula ada ketagihan (namun tidak terlalu kuat) terhadap Coca-Cola. Tempoh 30 hari George itu direkodkan dalam diari online (lihat video di bawah) antara Oktober ke November lalu. “Saya akan memilih untuk tidak berbuat begini lagi, saya tidak suka berat seperti ini,” katanya dilaporkan media. 


Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pengambilan gula dalam badan. “Saya rasa ramai yang menderita masalah kesihatan seperti kencing manis dan masalah jantung tidak menyedari mereka boleh membantu diri sendiri dengan berhenti mengambil gula,” katanya. George menegaskan, beliau bersetuju melakukan eksperimen tersebut demi sains. via Mynewshub.

Kisah Detik-Detik Banduan Akhir

   

                     


Kisah Detik-Detik Banduan Akhir Yang Diceritakan Oleh Tukang Gantung Sendiri | Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin… Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.


APABILA RAYUAN DITOLAK 

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. 

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’ Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50 sekiranya nilai masih tidak berubah. 

HARI PENGGANTUNGAN 

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya. 

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. ‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan. 

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG 

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. 

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung. ‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. ‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. 

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. ‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Da dah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan da dah.

Monday, 8 December 2014

Pulau Perhentian - Malaysia

 

Pulau Perhentian

   
        


Pulau Perhentian, meaning 'stopover island', is not to be missed. Situated 21km off the coast of Terengganu, it consists of the islands of Pulau Perhentian Besar and Pulau Perhentian Kecil. Covered by unspoilt jungle, windswept palms, powdery white beaches and surrounded by sapphire blue waters, Pulau Perhentian is a sanctuary for fishermen, migratory birds and of course, discerning holiday- makers. 

Located just off the edge of the Pulau Redang Marine Park, Perhentian's coral-fringed waters have excellent underwater seascapes for snorkelling and scuba diving. 

Arrangements can also be made for island cruises, and boats can be hired to go exploring for private bays and secluded coves. A trip to these tropical islands is also a must for those who enjoy windsurfing, sailing, canoeing and deep-sea fishing. 

Of the two islands, Pulau Perhentian Kecil is more geared towards backpackers. Here, you'll find a wide range of budget options for both food and accommodation. 

Pulau Perhentian Besar, on the other hand, is more developed and therefore offers better facilities. Nevertheless, there are chalets, dormitories and campsites on both islands.

Mengapa lelaki 71 tahun pengsan semasa ijabkabul

PENGANTIN PENGSAN TENGOK BAKAL ISTERI DI KELANTAN

PENGANTIN LELAKI 71 TAHUN PENGSAN TENGOK BAKAL ISTERI TERLALU CANTIK | Seorang lelaki berusia 71 tahun telah pengsan ketika diijabkabul malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri.

“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam. Namun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh.

Idris atau lebih mesra disapa dengan nama Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Tambah menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada tahun 1994.